CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 2009 Oktober 20

Prog di hari Isnin 30 Syawal...

Salams...sedikit cerita tentang aktiviti aku semalam. Pada asalnya aku nak updated cerita ni semalam, tapi masa tak mengizinkan coz busy mengedit soalan untuk peperiksaan next 2 week...

Semalam diberi kesempatan untuk berkongsi maklumat bersama murid2 tahun 6 yang bakal melangkah ke sek men tahun depan, aku sempat memberi talk & sesi perbincangan selama 2 jam bersama mereka. Tajuk utk kali ini ialah "Melangkah Ke Alam Remaja". Antara isi penting utk talk kali ni ialah masalah yang selalu remaja pandang remeh, cabaran remaja masa kini & cara untuk mengatasinya...

Talk kali ini juga berbicara tentang cinta, satu topik yang seronok untuk dibincang bersama murid2 yang aku gelarkan mereka sebagai zaman "pra-remaja". Seronok berkongsi kisah cinta dengan mereka... sempat membuat servey bape org yang dah ade pakwe & makwe... hehehehe... remaja zaman sekarang sgt berani...

Last skali, depa berikrar bahawa Cinta tu akan datang selepas Cita-Cita tercapai... harap mereka kotakan ikrar tersebut...

Sedang menyampaikan talk...

Murid2 & guru pun turut dengar sama...

Sebelah petangnya pula, aku bersama rakan2 sekolah aku berhari raya di rumah GPK Kurikulum sekolah aku di Templer Bestari. Banyak juadah disediakan, yang aku paling suka ialah nasi dagang Terengganu... 2 kali tambah beb!! x sangka lak GPK aku ni champion dlm masak memasak ni... hehehehe...

Ni merupakan 1st time aku melangkah ke rumah mewah miliknya, walaupun memiliki kehidupan yang mewah, tp GPK aku ni humble orgnye... x sombong diri, bercakap dgn lemah lembut & paling best dia x kelam-kabut walaupun dlm keadaan emegency, aku cukup kagum dgn keperibadiannye... dan dia merupakan antara orang yang aku amat hormati di sekolah ni selain Puan GB aku..

Sempat meninjau2 sekeliling rumah... sampai dalam bilik aku masuk tinjau tu... nilah baru betul rumah terbuka namanya... rumah yang teramat cantek!!! dan aku x kan mampu utk milikinya sampai bile2 pun... huhuhuhu...

Anyway, thanx diucapkan kpd Puan Wan Azlian yang baik hati (mmg org yang ade 'WAN' ni baik hati kot) hehehe... makanan yang besh!!! layanan yang besh!!! semuanya best.... layan....

Tuan rumah & anak tunggalnya yg tomei...dah ting 5 rupenye die, ingatkan darjah bape...
Hidangan kepada tetamu...

Bahagian luar rumah...Subhanallah!!!

Bahagian dalam...TV Plasma 42" rasenye tu...

Bahagian halaman rumah...teratur & cantek!!!

SMS dari Boss Wildan Production...

Salams...SMS yang aku dapat dari BigBoss Wildan Production pada petang tadi, katanya dia dapat call dari pihak JAKIM & NMI menyatakan hal ni...anyway, wish us all da best k!! doakan kami...adioss....

Sabtu, 2009 Oktober 17

Open House Nasyeed.Com

Salams...hari berkesempatan ke rumah terbuka Nasyeed.Com bertempat di perkarangan opis NC SS13 Shah Alam. Aku sampai ke sana lebih kurang pukul 1 petang. Selepas bertemu mata dengan 'tuan rumah', terus mengambil makan dan menggabungkan breakfest dengan lunch skali gus... hehehe...

Then, sempat mempersembahkan 3 lagu, jus aku ngan abg zaidi jek yg perform utk 1st show ni. Kemudian ianya diteruskan dengan show dari artis2 lain... ramai gak lah barisan2 artis yang hadir hari ini. Selepas selesai semua artis show, WILDAN lagi skali show secara berempat coz aji ngan shah sampai lebih kurang pukul 3 petang...

Menu untuk open house kali nipun best, yang aku paling suke ialah kambing bakar & ABC + Cendol.... best wooo.... tengok lah sedikit gambar di bawah ni...

Show Artis2 Nasyid...

Wif Kak Lin (wartawan majalah 'i') & D'vision

Wildan In Show...

Khamis, 2009 Oktober 15

Welcome Baby Naufal :-)


Salams...selamat datang diucapkan kepada baby Naufal ke dunia ini... beliau dilahirkan pada 5/10 lepas pada jam lebih kurang pukul 4.00 petang tu dengan berat 2.77kg... semoga menjadi anak yang soleh dan musleh yang dapat menggoncangkan dunia ini dengan dakwah yang dasyat...

Naufal ni merupakan anak sulong aku kawan aku laa... yang bernama Mohd Rosli & Suraya... Chelie Wildan la tu... alhamdulillah, penantian sekian lama berhasil jugak akhirnya... tahniah diucapkan kepada pasangan Chelie & Cik Sue...

Naufal & Mohd Rosli (bapaknye lah tu...)

Baby Naufal bin Mohd Rosli sedang tido...
Papa dia lak bermuka excited....hehehe

Selasa, 2009 Oktober 13

Konvo Lagi..

Salam.... agak lama aku menyepi dr alam blogger ni, banyak sangat perkara yang aku kena settlekan dalam masa terdekat ni... loni bergelumbang ngan editing soalan & pengisian buku adab belajar murid-murid aku... huh!!!

Entry kali ni aku nak ceritakan tentang majlis konvokesyen adik aku kat UIA pada hari Ahad lepas. Untuk kos ICT, sesinye sebelah pagi... aku sampai ke sana pukul 12 tghari, ngam2 time tu para graduan kuar dewan, bersesak2 lah aku ngan housemate aku mencari adik aku nih...

Last2, aku larikan diri dan jumpe famili kat "tangga firaun" UIA tu, amek gambar beberapa shot, then pi ke Sri Gombak untuk mengisi perut... then ke studio fentasi utk amek gambar versi studio, nanti dah siap aku tempek lah kat sini...

Kepada dindaku Dila, tahniah diucapkan... semoga kejayaan sentiasa mengiringimu... ameen..

Bergambar Bersama...

Tahniah Dear!!!

p/s : otak makin tepu, x banyak idea yang kuar utk entry ini...huhuhuhu...

Jumaat, 2009 Oktober 02

Kahwin Oh Kahwin...

Salams...dah agak bersawang blog aku ni, lama btol x updatenye...huhuhuhu... agak bz ngan keje2 yang berlambak n x abis2 bekerja.... kerja oh kerja...

Ni sedikit coretan ttg majlis perkahwinan aku sepupu aku mase raya ketiga aritu... sempat la jadi jurugambar x dilantik coz nak memenuhi harddisk aku yang mempunyai kapasiti 320GB ni... hehehehe... korang layan jelah gambar kat bawah ni, malas nak ulas panjang2...

Kepada Wan Omar & Na, Selamat Pengantin Baru...Semoga Kekal Selamanya...AMEEN...

Malam Akad @ Kuala Krai

Majlis Resepsi @ Rumah Pengantin Perempuan

Dok Sian Daging...Malam Sebelum Kenduri @ Rumah Pakcik Aku

p/s : Gambar kenduri umah pakcik aku x de, coz time tu aku dah datang KL...