CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 2009 Oktober 20

Prog di hari Isnin 30 Syawal...

Salams...sedikit cerita tentang aktiviti aku semalam. Pada asalnya aku nak updated cerita ni semalam, tapi masa tak mengizinkan coz busy mengedit soalan untuk peperiksaan next 2 week...

Semalam diberi kesempatan untuk berkongsi maklumat bersama murid2 tahun 6 yang bakal melangkah ke sek men tahun depan, aku sempat memberi talk & sesi perbincangan selama 2 jam bersama mereka. Tajuk utk kali ini ialah "Melangkah Ke Alam Remaja". Antara isi penting utk talk kali ni ialah masalah yang selalu remaja pandang remeh, cabaran remaja masa kini & cara untuk mengatasinya...

Talk kali ini juga berbicara tentang cinta, satu topik yang seronok untuk dibincang bersama murid2 yang aku gelarkan mereka sebagai zaman "pra-remaja". Seronok berkongsi kisah cinta dengan mereka... sempat membuat servey bape org yang dah ade pakwe & makwe... hehehehe... remaja zaman sekarang sgt berani...

Last skali, depa berikrar bahawa Cinta tu akan datang selepas Cita-Cita tercapai... harap mereka kotakan ikrar tersebut...

Sedang menyampaikan talk...

Murid2 & guru pun turut dengar sama...

Sebelah petangnya pula, aku bersama rakan2 sekolah aku berhari raya di rumah GPK Kurikulum sekolah aku di Templer Bestari. Banyak juadah disediakan, yang aku paling suka ialah nasi dagang Terengganu... 2 kali tambah beb!! x sangka lak GPK aku ni champion dlm masak memasak ni... hehehehe...

Ni merupakan 1st time aku melangkah ke rumah mewah miliknya, walaupun memiliki kehidupan yang mewah, tp GPK aku ni humble orgnye... x sombong diri, bercakap dgn lemah lembut & paling best dia x kelam-kabut walaupun dlm keadaan emegency, aku cukup kagum dgn keperibadiannye... dan dia merupakan antara orang yang aku amat hormati di sekolah ni selain Puan GB aku..

Sempat meninjau2 sekeliling rumah... sampai dalam bilik aku masuk tinjau tu... nilah baru betul rumah terbuka namanya... rumah yang teramat cantek!!! dan aku x kan mampu utk milikinya sampai bile2 pun... huhuhuhu...

Anyway, thanx diucapkan kpd Puan Wan Azlian yang baik hati (mmg org yang ade 'WAN' ni baik hati kot) hehehe... makanan yang besh!!! layanan yang besh!!! semuanya best.... layan....

Tuan rumah & anak tunggalnya yg tomei...dah ting 5 rupenye die, ingatkan darjah bape...
Hidangan kepada tetamu...

Bahagian luar rumah...Subhanallah!!!

Bahagian dalam...TV Plasma 42" rasenye tu...

Bahagian halaman rumah...teratur & cantek!!!

0 Dah baca? Komen la dulu: