KUALA LUMPUR 21 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.
''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.
Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.
Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.
''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.
''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.
Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.
Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.
-Utusan Malaysia
**Aku amat setuju dengan cadangan ini... mmg tugas seorang guru amat berat, sbb tu lah ramai yg x leh tumpukan perhatian kpd PnP, coz busy ngan keje lain... kat sekolah aku pun sama, kalau dia terlibat ngan kerja luar... mmg akan selalu tinggalkan kelas, kesian kat murid2 dan juga guru tersebut... aku amat bersimpati... hope kementerian dan kerajaan dapat menimbangkan cadangan tersebut... dan seterusnya meluluskan cadangan itu...

3 Dah baca? Komen la dulu:
saye setuju..!!!
guru sekarang ramai yang alami tekanan sebab dibebani dgn tugas yg bertimbun-timbun. since jadi guru pelatih lagi dah dibebani dgn tugas itu dan ini smpaikan ms utk istirehat pun xde. so, cane la nk dapat guru yg berkualiti camtu. kalo diwujudkan jawatan pembantu guru lagi melancarkan P&P rasanya sbb cikgu akan focus pada murid semasa P&P saje. tapi bkn bermakna guru x amik tau langsung hal2 yg lain cam koko dll. mean, guru perlu terlibat jugak tapi x la sepenuhnya. mungkin sekadar bg pandangan dan perbetulkan mana yg slh..
yup...mmg btol ape yang cikgu katankan itu...mcm saya sendiri pun, thn lps amat bz ngan tugasan luar...bleh dikatakan seminggu tu 2 kali gak lah keluar...tp syukur thn ni dah jarang2 kuar...dpt la tumpukan utk anak2 murid...
hope kerajaan kaji dnaa bentangkan kat paelimen...kompom ramai akan sokong punye...kecuali kepala2 yg mmg x nak ubah dasar dan dia tu adalah pembodek tegar...huhuhuhu
yeah...saya sokong...TaKBiR!!!uhuuu
Catat Ulasan