CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 2009 Jun 14

Pelan-Pelan Etiqa Takaful

Salams...untuk entry kali ini, aku ingin menceritakan serba sedikit ttg pelan-pelan yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful...pelan ini merangkumi pelan untuk dewasa maupun kanak-kanak. Di bawah ni aku huraikan serba sedikit ttg pelan Mesra, pelan Sarjana dan plan Prima. Kalau korang inginkan maklumat lanjut lagi ttg pelan2 tersebut, sila hubungi aku di 0193878286

TAKAFUL MESRA

Pelan Mesra merupakan pelan Takaful yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini amat sesuai kepada semua orang yang berumur antara 6 bulan sehingga 60 tahun. Dengan kadar simpanan yang tertentu, peserta akan menerima manfaat yang cukup besar sekiranya berlaku kematian, keilatan kekal atau sijil tamat tempohnya. Pelan ini sesuai untuk menjamin pendapatan peserta atau sebagai salah satu perancangan untuk persaraan nanti.

CIRI – CIRI:
• Perlindungan beserta simpanan.
• Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 60 tahun.
• Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disertakan dalam pelan.
• Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 79 tahun.
• Simpanan minimum bulanan ialah RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
• Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
• Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.

MANFAAT :
• Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat semulajadi).
• Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan).
• Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
• Pampasan Kemsukan Hospital (pilihan).
• Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
• Dana Pengebumian (segera).
• Simpanan telah dizakatkan.
• Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

TAKAFUL PRIMA

Pelan Prima menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini sangat unik kerana ia memberikan jaminan Manfaat Perolehan Setiap 3 Tahun dengan 10% dari amaun perlindungan asas tanpa menjejaskan sedikitpun nilai perlindungan. Konsepnya, Peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar.

CIRI – CIRI :
• Perlindungan beserta simpanan.
• Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 54 tahun.
• Umur Matang maksimum ialah 84 tahun.
• Tempoh pilihan sijil ialah 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun.
• Terdapat aliran tunai.
• Jaminan pulangan berjadual (Manfaat Perolehan/Income Benefit) dibayar kepada Peserta setiap 3 tahun.
• Simpanan minimum bulanan ialah RM 100.00 sahaja dan tiada had maksimum.
• Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
• Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.

MANFAAT :
• Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.
• Manfaat Perolehan.
• Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
• Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
• Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
• Dana Pengebumian (segera).
• Simpanan telah dizakatkan.

TAKAFUL SARJANA

Pelan Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan untuk kanak-kanak. Pelan ini sesuai untuk merancang pembiayaan pendidikan kanak-kanak itu untuk terutamanya di menara gading. Cantiknya pelan ini ialah sekiranya pembayar kepada kanak-kanak ini meninggal, Etiqa akan menyambung simpanannya sehingga tamat tempoh polisi. Selain itu juga, Etiqa akan memberikan wang saku kepada kanak-kanak itu sehingga tamat tempoh polisi. Uniknya, pelan ini akan memberikan anugerah kepada kanak-kanak itu apabila dia cemerlang di dalam peperiksaan.

CIRI – CIRI :
• Perlindungan beserta simpanan.
• Had umur penyertaan minimum ialah 14 hari dan maksimum 17 tahun.
• Perlindungan minimum 5 tahun dan maksimum 25 tahun.
• Umur matang minimun ialah 13 tahun dan maksimum 25 tahun.
• Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
• Simpanan minimum bulanan ialah RM 55.00 sahaja dan tiada had maksimum.
• Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
• Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
• Sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah simpanan terkumpul akan dibayar.

MANFAAT ANAK :
• Dana Perlindungan (Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh kepada anak).
• Tabung Simpanan.
• Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
• Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar).
• Dana Pengebumian (segera).
• Anugerah Kecemerlangan Akademik
o UPSR (5A) = RM 500.00
o PMR (8A) = RM 750.00
o SPM (8A) = RM 1000.00
o STPM (5A) = RM 1000.00

MANFAAT PEMBAYAR :
• Simpanan akan diteruskan oleh Etiqa Takaful sehingga sijil matang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada pembayar.
• Dana Khas Keluarga sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal.
• Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Demikianlah serba sedikit huraian tentang pelan-pelan yang disediakan di Etiqa Takaful...inginkan maklumat lanjut, sila hubungi aku k!!

0 Dah baca? Komen la dulu: