CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 2009 November 11

Peserta Nasyid Makan Hati (Harian Metro)

Kadang-kadang sambil memandu pulang terutama pada senjakala, SS teringin mendengar lagu nasyid. Apabila uban mula tumbuh subur di kepala, maka berazamlah diri untuk mendidik jiwa ke jalan diredai Allah.

Tak sempat mendengar ceramah di masjid, dapat mendengar lagu nasyid pun boleh mendatangkan keinsafan apatah lagi mendengar lagu Selimut Putih dan Sepohon Kayu. Aduh! Seram bulu roma SS, tetapi itu kalau ada lagu nasyid yang disiarkan ketika hendak azan sebelum solat. Lepas itu jangan haraplah dapat dengar lagi lagu nasyid.

Baru-baru ini SS dapat tahu ada pihak menganjurkan dua pertandingan nasyid sekali gus pada satu tempat dan waktu sama iaitu Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) dan Nasyid Minggu Ini (NMI). Penonton pun keliru yang mana satu peserta FNK dan NMI kerana mereka membuat persembahan berselang-seli.

Sudahlah begitu, peserta FNK mendapat layanan kelas pertama. Mereka disediakan tempat khas manakala peserta NMI terpaksa berkeliaran mencari kerusi sendiri. Hadiah untuk pemenang FNK juga lumayan apabila juara dapat RM10,000 dan pemenang sagu hati pula RM5,000. Sementara pemenang NMI cuma dapat plak plastik.

Manusia sekarang semakin tidak adil. Menambahkan ketidakadilan itu, penganjur juga menyediakan sistem bunyi dan mikrofon berbeza untuk kedua-dua peserta pertandingan itu. Peserta FNK diberikan PA dan mikrofon gred A, tetapi peserta NMI diberi PA dan mikrofon yang layak disimpan dalam stor saja kerana bila menyanyi ada kala tak dengar suara.

Sudahlah begitu, penganjur juga tidak beritahu kumpulan nasyid mana yang akan membuat persembahan untuk NMI jadi semua 'Top 10' datang siap membawa pakaian dan peralatan muzik.

Apabila semua dah siap sedia, alih-alih penganjur beritahu lima kumpulan saja yang akan membuat persembahan. Lima kumpulan lagi berputih mata. Bukan saja sakit hati, tetapi rugi kerana sudah membuat persiapan rapi. Siapa nak ganti. Bukankah itu penganiayaan namanya?

Khabarnya penganjur sengaja mengadakan dua pertandingan serentak kerana hendakkan jumlah penonton yang ramai kerana berdasarkan pengalaman lalu, penonton kurang datang untuk menyaksikan FNK, tetapi adanya NMI, peminat akan turun beramai-ramai.

Dek geram, juara NMI tulis surat kepada penganjur kerana tidak puas hati dan dihina sampai begitu sekali. Penganjur mengakui kesilapan mereka dan sudah minta maaf. Tetapi nasi sudah jadi bubur, hati yang terluka sukar diubati lagi. Dengarnya ada yang ingin boikot apa saja yang bakal dianjurkan penganjur berkenaan pada masa depan.

Berita yang disampaikan ini membuatkan SS semakin tak faham dengan dunia sekarang.

*p/s : berguna juga rupenye aku pos entry psl JNMI lepas, masuk gak dalm metro...hope pihak JAKIM membuka mata luas2... artikel asal di sini


Selasa, 2009 November 03

Juara NMI @ PICC Putrajaya

Salams...sorry coz agak lama menyepi dari dunia blogging ni coz banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan dalam masa seminggu dua ni...

Entry kali ni akan menceritakan tentang Juara Nasyid Minggu Ini yang diadakan pada hari Jumaat yang lepas. Pertama skali, aku ucapkan tahniah kepada semua kawan2 yang telah memenangi pelbagai kategori yang telah dipertandingkan, terutama buat kumpulan Inteam yang telah memenangi 3 kategori dan Amar yang telah memenangi 3 kategori jugak (kalau x silap). Tahun ni, rezeki belum lagi menyebelahi kami, 'ala kulli hal...aku berterima kasih kepada kawan2 yang menyokong sehingga kami dapat ke top 10 JNMI thn ni...

JNMI tahun ni meninggalkan kesan yang mendalam di hati aku, aku malas nak cakap banyak, beberapa peristiwa yang melekat di hati aku sampai sekarang ni :

1) Sesi 'Sound Check' : Kami dapat call daripada pihak penganjur yang menyatakan supaya kami menghadirkan diri utk sesi sound check pada Khamis malam iaitu semalam sebelum JNMI berlangsung. Kami pun ke sana pada masa yg telah diberitahu utk sesi tu dengan meredah jem yang amat, semata-mata utk menunjukkan komitmen & sokongan kami utk JNMI. Apa yang menyedihkan, bila tiba giliran kami utk sound check, kami disuruh naik ke pentas, bila berada di pentas, lain pulak ceritanya...si mamat yang jaga setting mic tu bgtau yg nama kami x de utk perform mlm esoknya...kami still x puas hati, mintak dia semak ngan pihak penganjur, then mmg betul...nama kami xde dlm senarai...cuba korang bayangkan, ape perasaan kami time tu? dah naik stage beb!! tetibe org suh turun smula...dah tau kami x perform, nape call suh datang?? then...x pandai ke nak mintak maaf?? sorang pun x de yg jumpa kami mintak maaf coz missunderstanding antara depa...ape ni?? sampai x pandai mintak maaf?? malam tu, kami datang semata-mata untuk dimalukan??

2) Malam JNMI : Tahun ni agak suram, pada thn2 lepas, aku sempat gak mengikuti prog ni, tp x lah seteruk tahun ni...yang paling menyedihkan, artis2 NMI ditempatkan kat bahagian belakang sebelah kanan stage, jus 3 baris kerusi disediakan utk artis2 NMI. Korang jus bayangkan, bila kerusi tu berada di bahagian belakang, ramai la penonton2 yg lain duduk sama pada seat tu, then artis2 NMI yg dtg lewat x dpt duduk di seat tu...seharusnya seat utk artis2 ni ditempatkan dibahagian hadapan macam selalu...aku cukup x faham, pihak penganjur jus menganggap kami sbg 'parasit' yg menumpang prog Festival Nasyid Kebangsaan kot...sbb tu kami x disediakan tempat dibahagian hadapan...amat sedih beb!!

3) Penghargaan Untuk Juara2 : Tiada penghargaan...selepas prog, dikhabarkan tiada pun sesi bergambar dengan juara2 NMI, yang ade hanyalah untuk juara FNK je...aku tumpang sedih utk kawan2 aku yg lain...then, anugerah2 NMI hanyalah disampaikan oleh Host @ MC majlis sahaja, berbanding FNK yang disampaikan oleh menteri...apa kurangnya juara NMI??

4) Sound System : Cukup mengecewakan ketika geng2 Inteam wat show, walaupun dinobatkan sebagai Juara NMI 2009, tp mereka kecewa coz x dpt perform dgn keadaan sound system yang baik. Then, ape gunanya depa dtg sound check malam sebelum prog? amat kesian melihat depa show dlm keadaan yg kekurangan, mic Bro Amin x berbunyi mase starting tu, then mic Bro Syam hanya kedengaran di monitor speaker je, di speaker besar x kedengaran...then, kesemua mic yg Inteam guna tu x de effect...dgn kata lain, sound kering...

Aku amat berharap,agak pihak penganjur khususnya JAKIM mengambil berat tentang hal2 ini, kami bukan nak demand...tapi tolonglah hormati kami artis2 nasyid atas dasar kemanusiaan, harap perkara2 camni x kan berlaku lagi di masa hadapan...thanx kpd semua...

Selasa, 2009 Oktober 20

Prog di hari Isnin 30 Syawal...

Salams...sedikit cerita tentang aktiviti aku semalam. Pada asalnya aku nak updated cerita ni semalam, tapi masa tak mengizinkan coz busy mengedit soalan untuk peperiksaan next 2 week...

Semalam diberi kesempatan untuk berkongsi maklumat bersama murid2 tahun 6 yang bakal melangkah ke sek men tahun depan, aku sempat memberi talk & sesi perbincangan selama 2 jam bersama mereka. Tajuk utk kali ini ialah "Melangkah Ke Alam Remaja". Antara isi penting utk talk kali ni ialah masalah yang selalu remaja pandang remeh, cabaran remaja masa kini & cara untuk mengatasinya...

Talk kali ini juga berbicara tentang cinta, satu topik yang seronok untuk dibincang bersama murid2 yang aku gelarkan mereka sebagai zaman "pra-remaja". Seronok berkongsi kisah cinta dengan mereka... sempat membuat servey bape org yang dah ade pakwe & makwe... hehehehe... remaja zaman sekarang sgt berani...

Last skali, depa berikrar bahawa Cinta tu akan datang selepas Cita-Cita tercapai... harap mereka kotakan ikrar tersebut...

Sedang menyampaikan talk...

Murid2 & guru pun turut dengar sama...

Sebelah petangnya pula, aku bersama rakan2 sekolah aku berhari raya di rumah GPK Kurikulum sekolah aku di Templer Bestari. Banyak juadah disediakan, yang aku paling suka ialah nasi dagang Terengganu... 2 kali tambah beb!! x sangka lak GPK aku ni champion dlm masak memasak ni... hehehehe...

Ni merupakan 1st time aku melangkah ke rumah mewah miliknya, walaupun memiliki kehidupan yang mewah, tp GPK aku ni humble orgnye... x sombong diri, bercakap dgn lemah lembut & paling best dia x kelam-kabut walaupun dlm keadaan emegency, aku cukup kagum dgn keperibadiannye... dan dia merupakan antara orang yang aku amat hormati di sekolah ni selain Puan GB aku..

Sempat meninjau2 sekeliling rumah... sampai dalam bilik aku masuk tinjau tu... nilah baru betul rumah terbuka namanya... rumah yang teramat cantek!!! dan aku x kan mampu utk milikinya sampai bile2 pun... huhuhuhu...

Anyway, thanx diucapkan kpd Puan Wan Azlian yang baik hati (mmg org yang ade 'WAN' ni baik hati kot) hehehe... makanan yang besh!!! layanan yang besh!!! semuanya best.... layan....

Tuan rumah & anak tunggalnya yg tomei...dah ting 5 rupenye die, ingatkan darjah bape...
Hidangan kepada tetamu...

Bahagian luar rumah...Subhanallah!!!

Bahagian dalam...TV Plasma 42" rasenye tu...

Bahagian halaman rumah...teratur & cantek!!!

SMS dari Boss Wildan Production...

Salams...SMS yang aku dapat dari BigBoss Wildan Production pada petang tadi, katanya dia dapat call dari pihak JAKIM & NMI menyatakan hal ni...anyway, wish us all da best k!! doakan kami...adioss....

Sabtu, 2009 Oktober 17

Open House Nasyeed.Com

Salams...hari berkesempatan ke rumah terbuka Nasyeed.Com bertempat di perkarangan opis NC SS13 Shah Alam. Aku sampai ke sana lebih kurang pukul 1 petang. Selepas bertemu mata dengan 'tuan rumah', terus mengambil makan dan menggabungkan breakfest dengan lunch skali gus... hehehe...

Then, sempat mempersembahkan 3 lagu, jus aku ngan abg zaidi jek yg perform utk 1st show ni. Kemudian ianya diteruskan dengan show dari artis2 lain... ramai gak lah barisan2 artis yang hadir hari ini. Selepas selesai semua artis show, WILDAN lagi skali show secara berempat coz aji ngan shah sampai lebih kurang pukul 3 petang...

Menu untuk open house kali nipun best, yang aku paling suke ialah kambing bakar & ABC + Cendol.... best wooo.... tengok lah sedikit gambar di bawah ni...

Show Artis2 Nasyid...

Wif Kak Lin (wartawan majalah 'i') & D'vision

Wildan In Show...

Khamis, 2009 Oktober 15

Welcome Baby Naufal :-)


Salams...selamat datang diucapkan kepada baby Naufal ke dunia ini... beliau dilahirkan pada 5/10 lepas pada jam lebih kurang pukul 4.00 petang tu dengan berat 2.77kg... semoga menjadi anak yang soleh dan musleh yang dapat menggoncangkan dunia ini dengan dakwah yang dasyat...

Naufal ni merupakan anak sulong aku kawan aku laa... yang bernama Mohd Rosli & Suraya... Chelie Wildan la tu... alhamdulillah, penantian sekian lama berhasil jugak akhirnya... tahniah diucapkan kepada pasangan Chelie & Cik Sue...

Naufal & Mohd Rosli (bapaknye lah tu...)

Baby Naufal bin Mohd Rosli sedang tido...
Papa dia lak bermuka excited....hehehe

Selasa, 2009 Oktober 13

Konvo Lagi..

Salam.... agak lama aku menyepi dr alam blogger ni, banyak sangat perkara yang aku kena settlekan dalam masa terdekat ni... loni bergelumbang ngan editing soalan & pengisian buku adab belajar murid-murid aku... huh!!!

Entry kali ni aku nak ceritakan tentang majlis konvokesyen adik aku kat UIA pada hari Ahad lepas. Untuk kos ICT, sesinye sebelah pagi... aku sampai ke sana pukul 12 tghari, ngam2 time tu para graduan kuar dewan, bersesak2 lah aku ngan housemate aku mencari adik aku nih...

Last2, aku larikan diri dan jumpe famili kat "tangga firaun" UIA tu, amek gambar beberapa shot, then pi ke Sri Gombak untuk mengisi perut... then ke studio fentasi utk amek gambar versi studio, nanti dah siap aku tempek lah kat sini...

Kepada dindaku Dila, tahniah diucapkan... semoga kejayaan sentiasa mengiringimu... ameen..

Bergambar Bersama...

Tahniah Dear!!!

p/s : otak makin tepu, x banyak idea yang kuar utk entry ini...huhuhuhu...

Jumaat, 2009 Oktober 02

Kahwin Oh Kahwin...

Salams...dah agak bersawang blog aku ni, lama btol x updatenye...huhuhuhu... agak bz ngan keje2 yang berlambak n x abis2 bekerja.... kerja oh kerja...

Ni sedikit coretan ttg majlis perkahwinan aku sepupu aku mase raya ketiga aritu... sempat la jadi jurugambar x dilantik coz nak memenuhi harddisk aku yang mempunyai kapasiti 320GB ni... hehehehe... korang layan jelah gambar kat bawah ni, malas nak ulas panjang2...

Kepada Wan Omar & Na, Selamat Pengantin Baru...Semoga Kekal Selamanya...AMEEN...

Malam Akad @ Kuala Krai

Majlis Resepsi @ Rumah Pengantin Perempuan

Dok Sian Daging...Malam Sebelum Kenduri @ Rumah Pakcik Aku

p/s : Gambar kenduri umah pakcik aku x de, coz time tu aku dah datang KL...

Isnin, 2009 September 21

Raya Oh raya...

Salams...aku online dari kampung halaman...alhamdulillah setelah mengharungi jem selama 14 jam, akhirnya sampai jugak ke kampung halaman... fuhhhh!!! penat beb...

Ni aku sertakan beberapa gambar yang sempat diambil di pagi Syawal... gambar ni diambil di rumah makcik aku yang terletak bersebelahan ngan rumah baru aku jek.... malas aku nak taip panjang2... korang layan jelaahh...

Famili aku + Famili Makcik Aku...

Wif Sepupu & Anak2 Sepupu

Wif Sepupu Sepapat...

Khamis, 2009 September 17

Selamat Hari Raya Buat Semua...

Selamat pulang ke kg halamanHouse. Jgn lupa Lock DoorWindow, Laundry jgn lupa angkat Clothes LinePerkakas elektrik jgn lupa di OFF, Sweeping rumah, Ironing baju supaya senang di kg nanti. Mana yg Convertible berhati-hati di jalan raya, pastikan kereta yg dipandu Truck & Car Washdan jgn Road Rage jika h/way jam.Yg naik Airplane Bus, Bike Riding, Conductor Cruising berhati-hati. Yang memandu Convertible & Motorcyle 2jgn ingat mcm di NASCAR, silap haribulan Police Car kejar kena saman. Hati-hati dgn Rubber DuckChicken 2 DuckCow 3yg suka melintas. Sesiapa yg ada bela FishyKitty jgn ditinggal kelaparan. Kalau mengantuk singgah berehat sekejap ChocolateOrange JuiceSalad (mlm ajelah). Baby Bottle anak jgn lupa. Nampak sign board Place Setting Women's RoomMen's Room berenti le kejap. Pekena Hot Chocolate syok juga. Jgn nanti naik keje ada yg DoctorSling. Jgn makan lebih-lebih nanti Sick In Bed susah sdn.

Ingat-ingat makan mana yg diet jgn lupa, nanti masa puasa turun 5kgWeighingScale, naik raya tambah 10kg Fat Woman 4baru ia. Welcome HomeSemoga selamat sampai ke kg & pulang kerumah semula. Ingatlah Family Portrait tercinta

Sabtu, 2009 September 12

Cerita Seminggu..

Salams...wah!!! minggu ni sungguh memenatkan...bermula dari Isnin hingga Khamis lepas, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga peperiksan UPSR di SK(1) Selayang Baru. Seramai 300 orang lebih calon UPSR kat sekolah tu. Kali ni, aku dilantik untuk menjadi pengiring ketua pengawas untuk mengambil soalan peperiksaan di bilik kebal SMK Taman Ehsan.

Oleh kerana aku menjadi pengiring, makanya terpaksalah perpagi-pagian ke SMK Taman Ehsan tu coz pukul 6.30 pagi kami dah kena ade sana, then amek soklan dan terus ke pusat peperiksaan tu... lepas peperiksaan lak, skali lagi kami akan ke sana utk menghantar skrip jawapan peperiksaan tu...

Pada hari pertama, peperiksaan habis pukul 12.25 tengahari, manakala hari kedua lak amat best coz ianya hanya ade satu paper jek yg bermula pukul 8.15 pagi sampailah 9.15 pagi... Tapi hari ketiga amat penat, coz ade 4 paper pada hari last tu, mengantuk yang amat time jaga tu terutamanya sebelah petang. Tahun ini diperkenalkan satu peperiksaan khas untuk murid2 tahun 6 iaitu peperiksaan APTITUD. Ianya untuk menentukan nasib murid2 ni samaada ke sekolah asrama penuh atau sebaliknya... exam abis pukul 3.45 petang, then aku & ketua pengawas terus ke bilik kebal untuk settlekan ape2 yang patut.. dan sampai di rumah pada pukul 6.00 petang... penat yg amat... fuh!!!

Bertopeng semasa menjaga exam, salah satu dari langkah utk mencegah penularan H1N1, selain tu, kami kena selalu basuh tangan...

Hari ni lak (Sabtu 12/9/09), aku telah mendaftar untuk kursus kahwin di Mahligai Firdaus Setiawangsa. Ianya berlangsung selama 2 hari... hari pertama ni bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang...

Tamat je kursus tu, aku bergegas ke Shah Alam coz hari ni ade show iftar bersama anak2 yatim di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya... nasib aku agak baik coz arini jalan tak jem. Aku sampai di opis NC pukul 5.30 petang, then tunggu geng2 Wildan yang lain untuk ke sana..

Hari ni Wildan hanya bertiga coz Aji ape program di Kuala Kubu Bharu. Kami jus nyanyikan 3 buah lagu iaitu Kau Permata, Setia Seorang Isteri dan I'tiraf bersama ngan anak2 yatim tersebut...

Selepas solat Maghrib & makan2, aku terus balik ke Gombak dalam keadaan letih yang amat... tapi rajin2 kan diri untuk mengupdate blog ni coz esok x sempat dah nak update...

Oklah...aku off dulu, nak tido dah... esok ade sambungan kursus kawin tu dari pukul 9.30 pagi sampai lah pukul 4.30 ptg esok... penat wehh!!!!

Di meja makan sebelum berbuka..
Turut sama ialah Encik Andak NC..

Bersama AJK Pelaksana

Show Time...

Nyanyi + Lapar = NyaPar

p/s : pagi tadi sempat tipu miss fiancee aku dengan menyatakan yang aku x pi kursus tu coz lambat bangun tido...tu laaaa...dia janji nak kejutkan aku, last2 aku yg kejutkan dia...hahahaha!!!

Ahad, 2009 September 06

Berselawat @ Masjid Negeri Shah Alam

Salams...semalam aku berkesempatan untuk memperdendangkan Selawat Nabi ketika menyambut ketibaan DYMM Sultan Selangor di Masjid Negeri Shah Alam. Ianya bersempena Majlis Berbuka Puasa bersama Tuanku Sultan Selangor & juga majlis pembahagian duit raya kepada mereka2 yang memerlukan. Majlis ini dianjurkan oleh DPMM.

Majlis bermula lebih kurang pukul 6 petang. Untuk selawat kali ini, kami berempat iaitu aku, abg Zaidi, Razin Mestica & juga abg Waie iaitu CEO Nasyeed.Com. Selesai berbuka puasa & solat Maghrib, aku, abg Zaidie dan Razin ke bazaar raya di Klang untuk membeli belah... sempat menyambar baju melayu kaler kuning keemasan dengan harga RM90, memang agak murah kalau nak dibandingkan di tempat lain, aku dah servey di Jalan TAR, baju tersebut berharga RM120... tp kainnye nipis sikit kalau nak dibandingkan ngan yang aku beli semalam... so kepada mereka2 yang nak membeli belah, elok la ke sana coz banyak sgt pilihan nye...

Selesai membeli belah, kami ke NC dan tido disana... berkebetulan malam semalam geng2 Dendang Anak ade rakaman lagu untuk album depa... so dapat lena kejap jek, kemudian bangun dan bersahur di Klang... makan sup burung puyuh... best beb!!!

Selesai bersahur, aku terus balik Gombak... dan menyambung tido seenak2nya... ni baru la aku bangun... errmm.... petang ni sepatutnya ade show kat SACC Mall... tapi macam malas jek nak pi ni... huhuhuhuhu..

Senyum Kelaparan....HaHaHa

Video Klip Seri Aidilfitri

Salams...ni merupakan video klip & lagu raya terbaru hasil gabungan beberapa kumpulan nasyid tanahair iaitu Rabbani, Mestica, Wildan, Algebra, Sofieya, Amrain, Mu'adz & Itqan. Ianya bakal ditayangkan di kaca tv menjelang raya nanti...

Video klip ini juga merupakan video klip terakhir Arwah Ust Asri yang dirakam seminggu sebelum beliau meninggal dunia...al-fatihah... :-(

video

Jumaat, 2009 September 04

Pulangan eTiQa Takaful

Salams....alhamdulillah, akhir bulan 8 aritu aku telah menerima cek dari Etiqa Takaful hasil dari polisi yang telah aku ambil sejak tahun 2006 lagi. Aku telah menyertai Takaful Etiqa pelan Prima yang mmg menjanjikan pulangan setiap 3 tahun sekali tanpa menjejaskan nilai perlindungan... dan sebagai buktinya, inilah hasil yang aku dapat... korang layan jelah!!!

Cek Dari Etiqa Takaful

p/s : kalau nak tau detail pasal produk ni, korang leh sms @ call aku ditalian 019-3878286

Cerita Ceriti...

Salams Ramadhan... dah agak lama aku tidak mengemaskini blog ini coz celcom broadband aku agak sengal seminggu dua ni... ianya membuatkan aku agak tension tahap ultraman taro...

Tahun ini aku dapat menyambut Ramadhan di sisi keluarga terchenta kat kampung halaman, ianya merupakan kali pertama aku sambut puasa bersama keluarga sejak aku bertugas di KL ni dari tahun 2005. Sebelum ni, mmg aku jus sambut Ramadhan bersama kawan-kawan jek. Selama seminggu aku bercuti di kampung, amat best coz dapat bersama-sama ngan famili, dapat jumpe adik2 aku yg comot2 tu... dapat berbuka & bersahur ngan parents aku, sungguh indah ku rasakan... lagipun, loni famili aku dah pun berpindah ke rumah baharu aku tu, dah siap sepenuhnya... alhamdulillah... aku pun dah membeli perabot2 termasuk lah set bilik tido aku... hehehehe...

Aku kembali ke KL pada 31/8 lepas, jalan agak jem coz ramai yang mengambil kesempatan cuti tu untuk menyambut Ramadhan ngan famili.. aku bertolak dari kampung pada pukul 7.30 pagi. Setibanya di Gua Musang, aku rasa amat sakit kepala, then singgah di RnR Gua Musang dah tido seketika... aku menyambung perjalanan pada pukul 11 pagi dam selamat sampai di KL pada pukul 3.00 petang.

Cerita keduanya pula ialah mengenai 'buah hati' baru aku... sehari selepas tiba di KL, aku telah menyambar laptop baru model HP Pavilion dv3 yang berharga RM3100... laptop lama aku telah selamat diberikan kepada adik aku yang belajar di UDM Terengganu... agak banyak lah budget aku habis bulan ni... nasib baik la rezeki aku murah pada bulan ni, di akhir bulan 8 aritu, aku dapat 'durian runtuh' sebanyak RM4500 dari pelbagai sumber... tp yang penting ianya bukan MLM okey!!! so aku gunakan duit tu untuk membeli laptop ni dan juga perabot rumah aku...

Buah Hati Baharu Aku...
HP Pavilion dv3 13"
RAM : 4GB
HardDisc : 320GB
Original Window Vista Premium (upgrade to windows 7)
Processor : Intel (R) Core 2 Duo (2.00 GHz)
Graphic Card : nVIDIA GeForce

p/s : akan mendapatkan mesin basuh full auto dalam masa terdekat coz mesin basuh lama kt umah sewa aku ni dah rosak...any idea??